PROFIL SEKOLAH

1. Latar Belakang & Petempatan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Semerah Padi merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di penghujung sebuah kampung ( Kampung Semerah Padi ) Di Jalan Depo, kira-kira 8 km dari Bandaraya Kuching & mempunyai tapak berjumlah 20.016 ekar ( 8.1 hektar )

Sekolah yang bernama asal SK Semariang baru mula beroperasi pada 17 Januari 2000 dengan jumlah murid seramai 676 orang bersama 21 orang guru dan 2 orang kakitangan bukan guru.

Pada Semester I, 12 buah kelas dibuka ( dua kelas tiap-tiap satu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 ) di mana murid-murid Tahun 1 terdiri daripada anak-anak penduduk kampung dan taman perumahan yang berhampiran dan murid-murid Tahun 2 hingga 6 pula merupakan mereka yang dipindahkan secara pukal dari SK Semariang, SK Encik Buyong, SK RPR Jalan Astana dan SK Gita; manakala kumpulan kecil datangnya dari SK Cemerlang, SK Rakyat Tupong, SK Gersik, SK Pulo, SK Merpati Jepang, SK Rakyat Bolhassan, SK St Thomas, Lodge School dan sekolah-sekolah lain di sekitar bandar Kuching dan Samarahan. Pada masa yang sama 607 orang pelajar bersama 29 orang guru dan 5 kakitangan bukan guru dari SMK Petra Jaya No.2 menumpang di SK Semariang Baru sehingga penghujung Mac 2000.

Pada bulan Jun 2000 ( Semester 2 ), kelas dibuka menjadi 18 buah dan 9 orang guru lagi ditemaptkan SK Semariang Baru.

Setelah beroperasi selama 1 tahun 8 bulan, SK Semariang Baru & SMK Petra Jaya No.2 dibuka dengan rasminya oleh YAB Pehin Sri (Dr.) Haji Abdul Taib bin Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada 12 September 2001 bersamaan 24 Jamadilakhir 1422 dan bermula dari tarikh tersebut, dua sekolah dalam satu kawasan ini mengguna nama yang sama iaitu SK Semerah Padi & SMK Semerah Padi.

2. Infrastruktur Sekolah

SK Semerah Padi mempunyai 30 buah bilik kelas 10 buah di tingkat 1, 10 buah di tingkat 2 dan 10 buah lagi di tingkat 3.

Pejabat Am, Pejabat Guru Besar dan Pejabat Ketiga-tiga Penolong Kanan terletak di tingkat 1 manakala Pejabat Guru terletak di tingkat 2.

Bilik-bilik kelas yang lain terdiri daripada :

Aras Bawah :

  1. Bilik BOSS
  2. Bilik Pra Sekolah
  3. Bilik Kemahiran MAnipulatif
  4. Bilik Koperasi
  5. Bilik Kesihatan
  6. Bilik Peperiksaan
  7. Bilik Bimbingan
  8. Makmal Sains
  9. Bilik KKBP
  10. Bilik Muzik

Tingkat 1 : 

  1. Bilik Surau
  2. Bilik Mesyuarat

Tingkat 2 : 

  1. Bilik Pemulihan

Tingkat 3 : 

  1. Bilik TV/AVA
  2. Bilik Kerja & Bilik Rakaman
  3. Bilik Perpustakaan

Di samping itu, beberapa buah bilik telah diubah suai untuk keperluan tertentu seperti :-

  • Bilik Amalan Perdagangan menjadi Bilik Pra Sekolah
  • Bilik Ko-Kurikulum menjadi Bilik KKBP
  • 2 Bilik darjah Tahun 6 menjadi Bilik Motivasi
  • 1 bilik darjah tahun 5 menjadi bilik Komputer
  • 1 bilik darjah tahun 4 menjadi bilik PATMI

Dan apabila bilik darjah untuk Pengajaran dan Pembelajaran diperlukan dalam beberapa tahun mendatang, maka Bilik PATMI, Bilik Komputer dan Bilik Motivasi akan menjadi bilik kelas Tahun 4, Tahun 5, dan tahun 6 semula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: