KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KE-8 SKSP 2010

1 07 2010
TARIKH : 1 JULAI 2010
MASA : 7.00 pagi-3.30 petang
BERTEMPAT : TAPAK LETAK KERETA SEKOLAH

Acara dimulakan pada jam 7.00 pagi dengan kehadiran para peserta dan guru serta perbarisan lintas hormat oleh rumah sukan masing-masing. Acara diteruskan lagi dengan acara rasmi seperti nyanyian lagi Negaraku, Ibu Pertiwiku bacaan doa dan ucapan alu-aluan dari Tuan Hj. Pauzi B. HJ Tamapurong, Guru Besar SK Semerah Padi, merangkap pengerusi kejohanan sukan sekolah. Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh YB. Sharifah Hasidah Bt. Syed Aman Ghazali ADUN N7 Semariang yang telah dijemput khas untuk merasmikan kejohanan kali ini.

Acara kemudiannya diteruskan lagi dengan nyalaan obor oleh adik Nur Aedil B. Yusri sebagai simbolik perasmian Kejohanan Sukan Tahunan Ke-8 SK Semerah Padi dan juga bacaan ikrar oleh adik Mohd Iftizam B. Mohd Saffian.

Acara sukan tahunan ini telah berlangsung dengan jayanya pada hari tersebut.

Pada tahun ini sebanyak 4 buah rumah sukan yang bertanding, antara rumah sukan yang bertanding pada tahun ini ialah rumah hijau, kuning, biru dan merah, untuk acara padang,  acara tersebut telah dipertandingkan pada hari sebelumnya. Antara acara padang yang dipertandingkan ialah acara lontar peluru,lompat tinggi & lompat jauh bagi lelaki & perempuan untuk tahun 4,5 dan 6. Manakala pada hari sukan acara seperti balapan dan  sukaneka dipertandingkan.

Penglibatan murid-murid pada kejohanan kali ini amat mengalakkan, tidak lupa juga penglibatan ibubapa serta guru dalam aktiviti sukaneka. Murid-murid, guru-guru dan para ibubapa bermain serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, menang atau kalah adat pertandingan apa yang penting adalah semangat kesukanan yang dipamerkan. Tahniah diucapkan!

Dikesempatan ini pihak sekolah ingin mengucapkan sekalung perhargaan  dan terima kasih kepada syarikat-syarikat pembekal, Guru Besar SK Semerah Padi, Guru-guru penolong kanan SKSP, guru-guru dan staf sokongan, ibubapa & semua murid yang mengambil bahagian secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan suka tahunan sekolah pada kali ini.


GURU-GURU SK SEMERAH PADI

PESERTA BALAPAN

SUKANEKA PRASEKOLAH

PASUKAN RUMAH HIJAU

PARA PESERTA BERSEDIA!

ACARA SUKANEKA MEMASUKKAN AIR KEDALAM BOTOL MENGGUNAKAN PENYEDUT MINUMAN

ACARA MEMBAWA PUNDI KACANG DI ATAS KEPALA SAMBIL MEMBAWA BELON BERISI AIR

ACARA SUKANEKA UNTUK IBUBAPA DAN GURU, WALAUPUN DALAM KEBASAHAN HUJAN, PERMAINAN DITERUSKAN JUGA


Actions

Information




%d bloggers like this: