SAMBUTAN MAJLIS AIDIL ADHA SKSP 2011

8 11 2011

TARIKH : 7 NOVEMBER 2011

MASA : 12:30 PM

TEMPAT : KANTIN SKSP

TERLIBAT : SEMUA GURU-GURU DAN KAKITANGAN SKSP

Dari Aisyah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya:

“Berkorbanlah kamu dengan hati yang redha, sesungguhnya tiap-tiap muslim yang menghadapkan sembelihannya ke arah kiblat, maka darahnya, kotorannya dan bulunya itu adalah kebajikan dan bakti kepada timbangannya pada hari kiamat.”





MUTIARA KATA

20 10 2011

” perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan.. “





TARIKH PEPERIKSAAN AWAM MALAYSIA 2011

12 08 2011

UPSR : 13 – 15 SEPTEMBER 2011

PMR :  4 – 6 OKTOBER 2011

10 – 11 OKTOBER 2011

SPM : 14 NOVEMBER – 14 NOVEMBER 2011

STPM : (LISAN )   – 20 -22 SEPTEMBER 2011

27 – 29 SEPTEMBER 2011

(BERTULIS) – 21 NOVEMBER – 15 DISEMBER 2011

~ SELAMAT BERUSAHA & SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA MURID-MURID TAHUN 6 SKSP 2011 ~

KEJAYAAN BERGANTUNG KEPADA APA YANG ANDA LAKUKAN DENGAN DIRI ANDA





PENDAFTARAN PRASEKOLAH 2012 & TAHUN SATU 2012/2013

21 02 2011

.:  PERHATIAN KEPADA IBUBAPA ATAU PENJAGA :.

SILA DAFTAR ANAK TUAN DENGAN MEMBAWA DOKUMEN SEPERTI BERIKUT :

1. SIJIL LAHIR / ( SURAT BERANAK ) ASAL

2. LAHIR / TARIKH LAHIR :

  • 2 JANUARI 2005 HINGGA 1 JANUARI 2006 ( PENDAFTARAN UNTUK TAHUN 1 2012 )
  • 2 JANUARI 2006 HINGGA  1 JANAUARI 2007 ( PENDAFTARAN UNTUK TAHUN 1 2013 )

PENDAFTARAN BERMULA PADA :

  • 1 MAC 2011 SEHINGGA 31 MAC 2011

 





SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL – MUBARAK

11 08 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA SEMUA WARGA SK SEMERAH PADI DAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM.. BERKATKANLAH BULAN INI DENGAN AMAL KEBAIKAN..

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.”

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.”






MINGGU ANTI DADAH SKSP 2010

28 07 2010

TARIKH : 19 – 23 JULAI 2010

TEMPAT :  SK SEMERAH PADI

ANJURAN : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK SEMERAH PADI.


ANTARA AKTIVITI YANG TELAH DIADAKAN







KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KE-8 SKSP 2010

1 07 2010
TARIKH : 1 JULAI 2010
MASA : 7.00 pagi-3.30 petang
BERTEMPAT : TAPAK LETAK KERETA SEKOLAH

Acara dimulakan pada jam 7.00 pagi dengan kehadiran para peserta dan guru serta perbarisan lintas hormat oleh rumah sukan masing-masing. Acara diteruskan lagi dengan acara rasmi seperti nyanyian lagi Negaraku, Ibu Pertiwiku bacaan doa dan ucapan alu-aluan dari Tuan Hj. Pauzi B. HJ Tamapurong, Guru Besar SK Semerah Padi, merangkap pengerusi kejohanan sukan sekolah. Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh YB. Sharifah Hasidah Bt. Syed Aman Ghazali ADUN N7 Semariang yang telah dijemput khas untuk merasmikan kejohanan kali ini.

Acara kemudiannya diteruskan lagi dengan nyalaan obor oleh adik Nur Aedil B. Yusri sebagai simbolik perasmian Kejohanan Sukan Tahunan Ke-8 SK Semerah Padi dan juga bacaan ikrar oleh adik Mohd Iftizam B. Mohd Saffian.

Acara sukan tahunan ini telah berlangsung dengan jayanya pada hari tersebut.

Pada tahun ini sebanyak 4 buah rumah sukan yang bertanding, antara rumah sukan yang bertanding pada tahun ini ialah rumah hijau, kuning, biru dan merah, untuk acara padang,  acara tersebut telah dipertandingkan pada hari sebelumnya. Antara acara padang yang dipertandingkan ialah acara lontar peluru,lompat tinggi & lompat jauh bagi lelaki & perempuan untuk tahun 4,5 dan 6. Manakala pada hari sukan acara seperti balapan dan  sukaneka dipertandingkan.

Penglibatan murid-murid pada kejohanan kali ini amat mengalakkan, tidak lupa juga penglibatan ibubapa serta guru dalam aktiviti sukaneka. Murid-murid, guru-guru dan para ibubapa bermain serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, menang atau kalah adat pertandingan apa yang penting adalah semangat kesukanan yang dipamerkan. Tahniah diucapkan!

Dikesempatan ini pihak sekolah ingin mengucapkan sekalung perhargaan  dan terima kasih kepada syarikat-syarikat pembekal, Guru Besar SK Semerah Padi, Guru-guru penolong kanan SKSP, guru-guru dan staf sokongan, ibubapa & semua murid yang mengambil bahagian secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan suka tahunan sekolah pada kali ini.


GURU-GURU SK SEMERAH PADI

PESERTA BALAPAN

SUKANEKA PRASEKOLAH

PASUKAN RUMAH HIJAU

PARA PESERTA BERSEDIA!

ACARA SUKANEKA MEMASUKKAN AIR KEDALAM BOTOL MENGGUNAKAN PENYEDUT MINUMAN

ACARA MEMBAWA PUNDI KACANG DI ATAS KEPALA SAMBIL MEMBAWA BELON BERISI AIR

ACARA SUKANEKA UNTUK IBUBAPA DAN GURU, WALAUPUN DALAM KEBASAHAN HUJAN, PERMAINAN DITERUSKAN JUGA








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.